Oleh: BOCAH ANGON | Desember 25, 2010

HAKEKAT TANGAN TUHAN

Tangan Allah

“Tangan” Allah Mengikut Riwayat Mazhab Khalifah

Mazhab khalifah telah meriwayatkan dalam kitab-kitab mereka daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAWAW seperti berikut:

“Nabi Adam dan Musa telah bertengkar dalam satu perbualan:

Nabi Musa berkata:

“Wahai Adam! Allah telah menjadikan kamu dengan kedua belah TanganNya…..tetapi kamu telah membawa semua manusia turun daripada taman syurga disebabkan dosa kamu.”

Adam menjawab:

“Wahai Musa, Allah telah memuliakan kamu dengan menulis Taurat dengan kedua belah TanganNya.”

Dalam riwayat yang lain diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

“Allah turun ke langit dunia, dan membuka kedua belah tanganNya dan berkata….”

Tentang “Jari-Jari” Allah

Tidak ada ayat Qur’an yang menyebutkan perkataan jari-jari Allah, justeru Ibn Khuzaimah telah bersandarkan kepada hadith untuk menguatkan dakwaannya tentang Allah SWT mempunyai jari-jari seperti manusia. Hadith-hadith tersebut dapat dibaca dalam kitab Tawheed Ibn Khuzaimah, dan dalam Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Tirmudzi, Sunan Ibn Majah, Tafsir Tabari, Ibn Kathir, dan Suyuti. Salah satu daripda hadith tersebut ialah:

“Abdullah meriwayatkan bahawa seorang rabbi Yahudi datang kepada Nabi SAWAW dab berkata:

“Wahai Muhammad! Kami membaca dalam Taurat bahawa Allah memelihara langit dengan satu jari, pohon-pohon dengan satu jari, air dengan satu jari, bumi dengan satu jari, dan makhluk dengan satu jari! Dan Dia berfirman:”Akulah Raja!”

“Nabi SAWAW tersenyum untuk mengesahkan kata-kata rabbi Yahudi itu, dan bagi menguatkan kenyataannya itu, membacakan ayat berikut:

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya…” (Al-Zumar: 67)

Riwayat-riwayat ini adalah daripada Abu Hurairah dan lain-lainnya yang mengajak golongan ulama daripada mazhab yang bertentangan dengan Ahlul Bait AS memilih makna literal daripada perkataan “Yadullah” (tangan Allah) apabila mentafsirkannya daripada ayat-ayat Qu’ran yang mempunyai perkataan tersebut. Ibn Khuzaimah telah menulis satu bab dalam kitabnya Tawhid yang menyatakan:

“Hujah bahawa Allah Maha Pencipta, Maha Tinggi mempunyai tangan; sesungguhnya Allah SWT mempunyai sepasang tangan sebagaimana yang telah kita pelajari dalam ayat-ayat Qur’an yang menyatakan perkara tersebut.”[1][1]

Kemudian beliau menghuraikan selanjutnya dengan memetik ayat-ayat berikut bagi menyokong dakwaannya itu:

1.”Orang-orang Yahudi berkata:”Tangan Allah terbelenggu,” sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu. (Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. Dia menafkahkan sebagaimana Dia kehendaki….” (Al-Maidah: 64)

2.”Maka Maha Suci (Allah) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.” (Yaasin: 83)

3.”Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Ali-Imran: 26).

Izinkan kami menghuraikan apa yang telah diterangkan oleh mazhab Ahlul Bait AS:

Jawapan-jawapan Daripada Ahlul Bait AS

a) Muhammad bin Muslim bertanya kepada Imam Muhammad Baqir AS tentang ayat berikut:[2][2]

“Allah berfirman:”Hai Iblis, apakah yang menghalangi kamu sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tanganKu….” (Sad: 75)

Imam Baqir AS menjawab:

“Yad (tangan) dalam Bahasa Arab bermaksud kuasa dan anugerah.”

Kemudian beliau AS menghuraikan lanjut dengan contoh-contoh daripada ayat Qur’an dan Bahasa Arab untuk menjelaskan maksud ucapan tersebut. Kami memetik sebahagian daripada contoh-contoh itu:

1.”(Wahai Nabi SAWAW) bersabarlah atas segala apa yang mereka katakan; dan ingatlah hamba Kami Daud yang mempunyai tangan (dhal-aidi) ; sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya). (Sad: 17)

Imam AS menjelaskan bahawa istilah tangan dalam ayat ini menunjukan maksud kiasan (kepada makna kekuatan). Apa yang Allah mahu sampaikan adalah Dia telah menganugerahkan Nabi Daud AS dengan kekuatan. Kemudian Imam AS menghuraikan beberapa lagi contoh kekuatan yang telah dianugerahkan kepada Nabi Daud AS.

2. “Dan langit itu Kami bangun dengan tangan (Kami) sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa.” (Adz-Dzariyyat: 47)

Imam AS berkata:”Dalam ayat ini, tangan bermaksud kuasa.”

3.”Mereka itulah orang-orang yang Allah telah memberikan mereka tangan dengan ruh daripadaNya…”(Al-Mujaadilah: 22)

Dalam ayat ini “tangan” bermaksud kekuatan atau kekuasaan.

Imam AS memetik daripada sastera Arab:

i) Mereka berkata:

“Si-polan dan si-polan mempunyai banyak tangan dengan saya.”

Ini bermakna saya mempunyai hutang budi kepadanya.

ii) Sekali lagi, orang-orang Arab berkata:

“Dia ada tangan putih ke atas saya!”

Ini bermakna “Dia ada tanggungjawab kepada saya”.Tangan dalam ayat ini bermaksud sifat murah hati.

b) Muhammad bin Ubaidah merujuk ayat yang sama dari Surah Sad kepada Imam Ridha AS. Jawapan Imam AS seperti berikut:

“Dengan tangan-tangan Kami” dalam ayat ini bermaksud “dengan Kekuasaan dan Kekuatan”.[3][3]

c) Suleiman bin Mahran berkata beliau bertanya kepada Imam Ja’far al-Sadiq AS makna firman Allah dalam ayat al-Qur’an:

“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya……[4][4]” (Al-Zumar: 67)

Imam AS berkata:

“Ia bermaksud kekuasaan mutlak – tidak ada sekutu dengan yang lain.”

Muhammad bin Ubaidah bertanya tentang makna selanjutnya selepas ayat itu:

“…..dan langit digulungkan dengan (Yameen) kananNya….”

Imam AS menerangkan:

“Allah menggunakan istilah “Yameen” (kanan) yang membawa erti ‘tangan’ dan ‘tangan’ bererti Maha KekuasaanNya. Langit akan digulungkan dengan KekuasaanNya.

Perkataan “tangan” atau “KananNya” tidak membawa makna genggaman tangan kanan. Ia tidak merujuk kepada sebarang anggota tubuh badan seperti yang difahami oleh mazhab khalifah.

Membayang sifat anggota tubuh wujud pada Zat Allah SWT akan membawa seseorang kepada syirik – justeru Imam Ja’far al-Sadiq AS selepas mengemukakan hujah-hujahnya yang menjawab persoalan itu telah membacakan keseluruhan ayat tersebut secara lengkap. Beliau AS membacakan baris terakhir ayat tersebut:

“Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.”

Pemerhatian:

Mazhab Ahlul Bait AS mengemukakan hujah berasaskan makna sebenar Tawhid, pada masa yang sama bersandarkan kepada penggunaan umum istilah berkenaan di kalangan orang Arab dan juga kesusasteraan mereka.

Raghib Isfahani dalam kitabnya yang masyhur Mufradatul Qur’an berkata:

“Yad bermakna ‘tangan’, iaitu anggota tubuh manusia. Tetapi ia juga mempunyai makna yang lain seperti menguasai, kuasa dan arah.”

Para ilmuan Mesir telah menyenaraikan sembilan makna berlainan untuk perkataan “Yad’, selain daripada makna tangan. Sebagai contoh, ayat berikut:

“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangannya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan.” (Yaasin: 83).

Ayat di atas diterjemahkan seperti berikut:

“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangannya (Yang Maha Menguasai) segala sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan.”

Perkara yang paling ganjil ialah apabila para ilmuan yang memilih makna literal tangan dan lain-lain anggota kepada Allah SWT mengambil pula makna yang lain apabila perkataan yang sama ditujukan oleh Nabi SAWAW.

Dalam ayat berikut, yang ditujukan kepada Nabi SAWAW, para penterjemah dan ahli tafsir bersepakat bahawa makna ‘Yad’ bukan bererti ‘tangan’ secara literal:

“Dan janganlah jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu terlalu menghulurkannya kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesal.” (Al-Isra’: 29).

Tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang memilih makna ‘tangan’ secara literal tetapi apabila perkataan yang sama ditujukan kepada Allah, mereka memilih pula makna secara literal dan menolak maknanya secara metapora.

Hal ini jelas menunjukkan pengaruh atau penyisipan ajaran-ajaran Yahudi dan Kristian yang telah tercemar dan kemudian ia diperkuatkan pula oleh sebahagian daripada sahabat-sahabat yang tidak berhati-hati. Namun kisah ini tidak berakhir di sini. Masih ada lagi perbahasan yang menarik selepas ini.


 

 

 

 


Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Kategori

%d blogger menyukai ini: